Thursday, Sep 09th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Komputer & Internet Tip-tip membeli-belah di PC Fair

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Tip-tip membeli-belah di PC Fair

E-mail Print PDF

pikom-pc-fair

Membeli belah di mana-mana sahaja perlukan kita untuk berhati-hati dimana perkara penipuan adalah asam garam dalam dunia perniagaan namun apa yang penting para pembeli mementingkan sikap waspada dan berhati-hati agar pembelian yang dilakukan adalah berbaloi dengan nilai barang yang dibeli.PC fair muncul lagi dan semestinya ia ditunggu-tunggu oleh ramai pembeli dan peminat PC diseluruh Malaysia.

Jika para pembeli ingin membeli laptop dinasihatkan agar anda hanya membeli laptop bagi model yang ada warranty tempatan dan antarabangsa sahaja.Andainya Penjual mengatakan ianya mempunyai international warranty itu besar kemungkinan model tersebut adalah model parallel import iaitu model yang di bawa masuk secara seludup dan tidak membayar cukai  serta model refurbished.Refurbished ialah model laptop yang sudah rosak namun di perbaiki serta di jual semula sebagai baru.

Andainya para pembeli ingin membeli laptop  para pembeli dinasihatkan membawa balik semua kotak-kotak  yang di beli tu.Para pembeli dinasihatkan tidak memberi penjual meletak laptop tersebut didalam bag laptop yang dapati percuma.

Ini adalah disebabkan kotak itu sangat penting seandainya anda ingin membuat tuntutan warranty dan bagi mengelakkan kotak anda itu di salahgunakan oleh laptop-laptop refurbished yang sudah rosak tapi di repair dan dijual semula menggunakan serial number anda.

Para pembeli diperingatkan agar berhati-hati membeli laptop berikutan ada kemungkinan laptop yang dibeli bukanlah laptop seperti yang diinginkan dan mungkin ia adalah laptop refurbish bukan laptop baru seperti yang para pembeli fikirkan.Ramai dipercayai telah tertipu semasa PC fair lepas namun tidak ada apa yang boleh dilakukan seperti ingin claim warranty pengeluar tidak mahu bertanggungjawab oleh sebab model itu tidak diketahui dari mana.

Sebelum anda membeli laptop para pembeli boleh menanam sikap mengambil berat dengan memeriksa dengan serba sedikit latar belakang booth tersebut termasuk memeriksa alamat dan jika mampu para pembeli boleh memeriksa sama ada kedai di alamat tersebut wujud atau sebaliknya dimana ada satu kes, penjual tidak diketahui datang dari mana dan apabila PC Fair berakhir apabila ada sebarang masalah berkaitan barang yang anda beli memang susah jika ingin dipulangkan.Perkara ini berlaku mungkin andai penjual datang dari jauh seperti Pulau Pinang dan apabila para pembeli di Kuala Lumpur misalnya jika anda ingin memulangkannya semula anda terpaksa pula pergi ke Pulau Pinang dan perkara ini akan menambah kos anda secara tidak langsung.

Selain itu kadang-kadang terdapat juga booth yang sengaja  meletak alamat kedai mereka di Imbi plaza ataupun lowyat walhal apabila PC Fair tamat pembeli ingin mencari semula kedai tersebut tidak berjaya disebabkan kedai tersebut tidak wujud.

Berkenaan dengan isu harga, ada barang-barang di PC Fair lebih kurang sama harga dengan harga jualan di Lowyat dan ada yang kurang dan perkara yang bijak dilakukan dalam hal ini adalah keterbukaan anda untuk memberi ruang kepada diri anda untuk membuat survey harga barang diantara satu booth dengan booth yang lain.

Perkara yang para pembeli perlu lakukan ialah mengambil pamplet di booth di PC Fair tersebut dan membuat perbandingan berdasarkan phamplet seperti perbandingan brand,deisgn dan harga.Setelah benar-benar pasti para pembeli boleh terus ke booth yang anda sasarkan.Dengan ini anda bukan sahaja tidak tertipu malah dapat menjimatkan masa. Terlalu gopoh seperti pergi dan terus beli tanpa berfikir panjang adalah satu perkara yang kurang bijak dilakukan.

Selain itu berhati-hati semasa bersesak-sesak supaya barang berharga anda seperti wang dan handset berada dalam keadaan yang selamat dan anda dapat membeli belah dengan hati yang riang dan gembira.

Rumusan Tip:-

 Yang penting pastikan:-

-pastikan kedai wujud atau tidak

-pastikan lokasi kedai supaya senang apabila prosese claim mudah dan tidak ada masalah

-pastikan model dan jenama yang menyokong dia bagus.

-pastikan model yang di beli valid atau wujud di mana anda boleh memeriksa nombor model di website pengeluar.

Tip Ringkas:-

Biasanya para pembeli disyorkan melakukan survey terdahulu pada hari pertama.Kemudian pembelian dilakukan pada hari kedua selepas benar-benar pasti barang apa atau jenama apa yang ingin dibeli dan hari Ahad berkemungkinan lelong akan dilakukan oleh kerana PC Fair akan berakhir dan ini mungkin peluang untuk mendapatkan barang pada harga yang lebih rendah.