Friday, Sep 10th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Fikrah Misteri Sejadah Berdiri Belum Terjawab

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Misteri Sejadah Berdiri Belum Terjawab

E-mail Print PDF

ISU sejadah berdiri pernah menggemparkan negara tahun lalu.Kejadian aneh tersebut pernah dilaporkan dibeberapa tempat diseluruh negara.Rentetan kejadian tersebut banyak cakap-cakap mula timbul mengenai kesahihan kejadian tersebut.

Antara kejadian yang dilaporkan termasuklah kejadian di Pasir Mas dimana warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah terbabit didapati berdiri.

 

Menurut mereka sejadah-sejadah berkenaan seolah sedang sembahyang berjemaah dengan sehelai daripada sejadah tersebut seperti sedang menjadi imam kepada sejadah yang yang lain dimana terdapat 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.

Selain itu, sejadah yang berdiri tersebut kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Peristiwa mengejutkan tersebut yang disedari oleh Nurul Huda Mat Jali, 8 seorang pelajar tahun dua kira-kira jam 10.55 pagi yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa rakannya di pondok berhampiran surau terbabit.

Menurutnya dia secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu dan dia kemudiannya memberitahu rakannya yang lain dan kemudiannya dia memaklumkan kepada gurunya.

Guru terbabit yang diberitahu mengenai perkara tersebut menyatakan, beliau juga terkejut selepas melihat sejadah-sejadah terbabit berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah sedang menunaikan sembahyang secara berjemaah dimana sejadah-sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak.

Kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Taman Haji Mohd Amin, Jalan Nipah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menurut pemilik sejadah itu, Mohamad Shuhaimi Md Ilias, kejadian ganjil kira-kira pukul 9.30 malam itu disedari isterinya, Zainab Ramli yang melihat sejadah di bilik sembahyang rumahnya berada dalam keadaan kedudukan tahiyat akhir seperti di dalam solat.

Pasangan suami isteri itu yang baru berpindah ke rumah tersebut Ogos lalu menyifatkan kejadian tersebut sebagai kebesaran kuasa Allah. Menurut mereka kejadian tersebut berlaku selepas mereka bertengkar dalam menentukan arah kiblat.

Brikutan kejadian itu rumah pasangan suami isteri itu tidak putus dikunjungi orang ramai yang ingib melihat kejadian ganjil tersebut.
Rata-rata menyifatkan kejadian itu menimbulkan keinsafan dan menambahkan keimanan tentang kebesaran kuasa Allah.

Jurukamera sebuah stesen televisyen iaitu RTM yang berada di tempat kejadiaan cuba menguji keadaan sejadah tersebut dan mendapati tiada tali digunakan bagi memastikan sejadah itu berdiri.

Namun begitu tuan rumah berkenaan tidak membenarkan lampu bilik itu dinyalakan bimbang sejadah tersebut akan kembali kepada kedudukan asal.

Video sejadah berdiri

Persoalan yang timbul disini adakah kejadian cerita dongeng yang dibuat-buat atau direka-reka semata-mata hanya untuk mendapatkan publisiti murahan?

Tapi perlu diingat kita sebagai umat Islam dalam rukun iman perlu mempercayai perkara-perkara ghaib.Namun begitu dinasihatkan jika terdapat kekeliruan mengenai perkara ganjil seperti ini bertanyalah pada mana-mana ustaz untuk mendapatkan pandangan dan kepastian.Jika perkara ini benar ambillah ia satu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah dan moga sedikit sebanyak dapat menginsafkan kita yang terkadang alpa dan leka.