Friday, Sep 10th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Pendidikan Program 'Jom Masuk U' Beri Banyak Faedah Kepada Pelajar

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Program 'Jom Masuk U' Beri Banyak Faedah Kepada Pelajar

E-mail Print PDF

jmu

Impian ke menara gading memang menjadi idaman semua pelajar lepasan sekolah.Mana tidaknya,ini adalah disebabkan hanya dengan memasuki universiti sajalah peluang untuk mendapat pekerjaan menjadi semakin mudah.Namun tidak semua pelajar berjaya ke menara gading.Hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Program Jom Masuk U  kini peluang lebih ramai pelajar untuk melangkah ke mana-mana universiti seluruh Malaysia terbuka lebih luas.

Program Jom Masuk U merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sejak tahun 2005

Ia merupakan Program Outreach tahunan Kementerian PengajianTinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program ini adalah program tahunan dan telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005.

Program ini diwujudkan setelah menerima maklum balas positif dari pelajar, ibu bapa kaunselor, pendidik, masyarakat umum dan stake holders lain. Bermula tahun 2010 KPTN akan menjadi “signatureprogramme” Kementerian Pengajian Tinggi.
Tagline ‘’JOM MASUK U’’ telah digunapakai oleh KPT bagi memotivasikan dan memudahkan para pemohon untuk mendapatkan maklumat terbaru atau terkini dan tepat mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

KPT mensasarkan sebanyak 100,000  pengunjung ke pameran pendidikan tersebut.Antara golongan sasaran program iniadalah seperti :

1.    Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar

2.    Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain

3.    Kaunselor,guru, ibu bapa, masyarakat setempat.

Antara objektif program Jom Masuk U adalah serta menyebarkan maklumat mengenai kewujudan program sedia ada termasuk mempromosi serta memperkenalkan program pengajian terbaru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.

Selain itu objektif program adalah KPT ingin menjadikan program tahunan ini sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat dan untuk menarik golongan-golongan sasaran seperti pemohon, guru,ibu bapa dan komuniti setempat.

Melalui konsep ini golongan sasaran tersebut boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

Melalui program ini juga KPT akan dapat menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.Dengan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan pihak ibubapa bagaimana pemarkahan dibuat dan kepentingan kokurikulum kepada anak-anak mereka dimana 10% markah kokurikulum diambil kira untuk pemilihan masuk ke IPTA manakala 90% lagi adalah markah akademik

Selain itu tujuan KPT mengadakan program ini adalah untuk memupuk kesedaran disamping mendidik pemohon dan masyarakat awam berkenaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online)

Selain pameran dan pendedahan maklumat, karnival jom masuk u juga akan menjalankan beberapa aktiviti sampingan seperti kuiz, forum, khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling pendidikan dan permohonan aplikasi atas talian yang mana ia dapat memeriahkan suasana di karnival tersebut.

Untuk tahun 2010 program ini peringkat pertama adalah bermula di Johor Bahru pada 9 dan 10 Januari lalu dimana ia telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala peringkat kedua adalah di Stadium Malawati Shah Alam dan ia akan terus menjelajah seluruh negara.

Setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan contohnya 3,000 orang telah memenuhi Stadium Melawati di Shah Alam dimana Timbalan Pendaftar Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Rosilawati Abdul Jamil sendiri mengakui tidak menjangka menerima sambutan begitu ramai melibatkan para pelajar dan ibu bapa dalam karnival di Shah Alam tersebut.

Antara pihak yang terlibat dalam karnival jom masuk u ini ialah INSPEN dimana mereka mempromosi program akademik yang ditawarkan kepada orang ramai, terutamanya para pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.Mereka memilih karnival ini adalah kerana mereka yakin karnival ini adalah satu platform yang sangat berkesan untuk mendekati golongan pelajar dan ibubapa.