Thursday, Sep 09th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Kontroversi Bakar Gereja-Isu Paling Hangat Sepanjang Bulan

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Bakar Gereja-Isu Paling Hangat Sepanjang Bulan

E-mail Print PDF

Sepanjang 3 minggu ini isu paling panas dimedia masa dan sering diperkatakan oleh masyarakat tidak lain tidak bukan ialah isu berkaitan pengeboman gereja dan pencerobohan surau.Isu ini terlalu sensitif untuk dibincangkan kerana jika tersilap cakap atau tersilap faham maka lain pula yang jadi.

Terbaru ialah kes seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun yang ditahan pihak berkuasa berikutan dakwaannya dalam sebuah laman sembang popular iaitu Facebook yang mengatakan dia mengaku sengaja membakar gereja di Petaling Jaya.Berikutan itu dia ditahan kerana jenakanya yang tidak bertempat dan menulis dalam bentuk gurauan kononnya bertanggungjawab membakar gereja baru-baru ini melalui laman sosial Facebook miliknya.

Dia yang juga pelajar diploma jurusan warisan budaya sebuah kolej di ibu kota mendakwa membuat sendiri bom petrol berkenaan yang digunakan untuk membakar gereja itu.

Pelajar itu kemudianya ditahan di rumah sewanya di Sunway Mentari, Petaling Jaya di sini kira-kira jam 7.30 malam selepas beberapa pihak yang bimbang perkara tersebut berulang membuat laporan polis.

Namun pelajar terbabit telah dibebaskan kira-kira jam 12 tengah malam dengan jaminan polis.Menurut pihak polis pelajar terbabit hanya bergurau, selain mahu menarik perhatian serta mahu mempermainkan isu yang sedang hangat diperkatakan umum kini.

Menurut pihak polis,pihaknya kesal dengan tindakan yang dilakukan pelajar ini kerana cuba mempermainkan isu-isu yang sensitif dan boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini dan memberi amaran tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika perkara sama berulang.

Selain itu polis telah membuat siasatan di dalam rumah pelajar berkenaan tetapi tidak menemui perkakas mencurigai yang boleh dikaitkan dengan pembuatan bom petrol.

Berikut adalah ayat pelajar yang digunakan oleh pelajar terbabit didalam laman sembang Facebooknya.

\”Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…\”

Rentetan tulisan diatas di dalam Facebook telah mengheret pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) tersebut ke Mahkamah Sesyen kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

Isu diatas berlaku berikutan penggunaan kalimah Allah oleh agama selain dari agama Islam dinegara ini.Masyarakat Islam dinegara ini bimbang ia disalah gunakan atau dipermainkan oleh pihak selain dari Islam lantas berlakunya protes menuntut mereka tidak menggunakan kalimah itu. Antaranya penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald - The Catholic Weekly yang mengundang kemarahan masyarakat Islam negara ini.

Susulan itu berlakunya serangan ke atas gereja di sekitar lembah Klang antaranya di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati,Kuala Lumpur.

Berikut ialah kronoloji kejadian:

7 jan: 6ptg - Polis terima aduan sebuah gereja dpt panggilan ugutan berbunyi: "jaga-jaga". Berikutan itu IGP kerah anggota polis di seluruh negara berjaga-jaga.

7 jan: 12tgh mlm - Di Desa Melawati seorang lelaki menunggang motor membaling topi keledar yg dalamnya berisi molotov cocktail ke tingkap sebuah gereja. Beberapa kerusi dan buku terbakar. Api berjaya dipadamkan.

8 jan: 4pagi - Seorang penunggang motor mencampakkan botol molotov ke perkarangan gereja berdekatan Assunta di Petaling Jaya. Tetapi botol dan pecah dan tak meletup.

8 jan: 9 pagi - Seorang penunggang motor mencampakkan botol di perkarangan gereja di Damansara. Tiada kebakaran.

8 jan: 12 tgh – Menteri Dalam Negeri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Musa Hassan adakan sidang akhbar tergempar di Bukit Aman sebelum solat Jumaat.

8 jan – 4 ptg – Mereka mengadakan sidang akhbar kedua di Bukit Aman.

Namun hakikatnya siapa pun tidak tahu siapakah dalang disebalik kejadian ini.Yang nyata serangan yang berlaku ke atas gereja bukan mewakili suara seluruh masyarakat Islam negara ini.Islam tidak mengajar umatnya melakukan kezaliman ke atas masyarakat bukan Islam dan serangan ke atas gereja memang tidak pernah memberi apa-apa makna kepada masyarakt Islam dinegara ini.Ia sebenarnya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin menangguk di air yang keruh.