Thursday, Sep 09th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Siasat 6 Bebanan Chong Wei Dalam Terbuka Malaysia 2010

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

6 Bebanan Chong Wei Dalam Terbuka Malaysia 2010

E-mail Print PDF

Tahukah anda Dato’ Lee Chong Wei telah menjadi juara kejohanan terbuka Malaysia kali ini.Mengikut statistik ini adalah kejayaannya yang ke-enam menjuarai kejohanan Terbuka Malaysia.Namun hasil dari penyiasatan kami,kami mendapati Chong Wei telah hampir “ditewaskan” sebelum kejohanan bermula lagi.

Masalah demi masalah membelenggu beliau sehingga boleh menyebabkan dia menarik diri jika tidak tahan pada tekanan.Dan jika beraksi pun beliau tidak akan dapat memberi sepenuh tumpuan kepada kejohanan.Berikut antara masalah-masalah dan tekanan yang menghantui beliau sebelum kejohanan bermula:

Sebelum menjuarai terbuka Malaysia telah banyak perkara yang mengganggu kotak fikiran para pemain Malaysia termasuk pemain perseorangan utama negara Dato’ Lee Chong Wei.Pada mulanya beliau begitu tidak sabar untuk beraksi dalam kejohanan terbuka Malaysia kali kerana beliau ingin membuat perhitungan dengan musuh ketatnya dari China tidak lain tidak bukan Lin Dan. Namun hajat untuk menyaksikan pertembungan antara Dato’ Lee Chong Wei  dan juara Olimpik, Lin Dan tidak menjadi kenyataan apabila pemain utama China itu menarik diri daripada kejohanan badminton Super Series Terbuka Malaysia di saat akhir.

Selain Lin Dan dua lagi pemain China Lu Lan dan Zheng Bo turut  yang menarik diri selepas pasangan utama Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan Sony Dwi Kuncoro serta Simon Santoso, mengumumkan penarikan diri dari kejohanan kali ini.

Selain itu masalah dalaman yang membelenggu persatuan Badminton Malaysia sendiri sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada fokus para pemain di dalam gelanggang.Paling memeranjatkan ialah isu perlantikan bekas pemain bergu negara Tan Kim Her yang juga bekas jurulatih bergu Korea ke dalam kem jurulatih negara.

Sehingga kini isu berkenaan masih belum muktamad dan masih menjadi tanda tanya ramai pihak kerana pihak bertanggungjawab masih diam membisu.Paling mengecewakan idea atau cadangan kemasukan jurulatih tersebut kedalam kem badminton negara tidak diketahui oleh para jurulatih sedia ada jauh sekali untuk bertanya tentang pendapat mereka.

Masalah kewangan BAM turut antara yang menyumbangkan dalam mengganggu fokus Chong Wei dalam kejohanan Terbuka Malaysia kali ini.Walaupun tidak semewah dulu akibat peruntukan yang semakin berkurangan namun bolehlah dikatakan bahawa kantung kewangan Persatuan Badminton Malaysia(BAM) masih stabil dan baik.Sebagai persatuan yang menaungi pemain-pemain seharusnya BAM sudah tahu bahawa isu kewangan sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus pemain jika tidak ditangani dengan bijaksana.

Sebagai penyandang juara Chong Wei turut berhadapan dengan tekanan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas.Seperti yang kita tahu cabaran untuk mengekalkan kejuaraan adalah lebih sukar berbanding mencari kejuaraan.Ini adalah kerana setiap lawan yang bakal ditentangnya pasti akan cuba sedaya upaya untuk menewaskan beliau.

Selain itu Chong Wei juga tertekan pada kejohanan ini kerana beliau bermain di gelanggang sendiri yang mana harapan untuk menang sentiasa ditagih oleh penyokong yang hadir di stadium Putra Bukit Jalil.Demi untuk membalas kepercayaan dan sokongan penyokong beliau pasti bermati-matian untuk menang namun hakikatnya beliau berada dalam tekanan sepanjang kejohanan.

Tekanan yang terakhir pula ialah tekanan untuk meneruskan kejayaan dalam kejohanan Super Series tahun 2010 selepas memenangi kejohanan Terbuka Korea beberapa minggu yang lalu.Tekanan boleh berlaku kerana beliau mahu meneruskan rentak kemenangan dalam badminton Super Series dan mahu membuktikan kejayaan bukan kebetulan semata-mata sebaliknya hasil dari perancangan dalam setiap latihan yang dijalankan.