Dato’ Lee Chong Wei sekali lagi menjuarai kejohanan Terbuka Malaysia 2010 apabila menewaskan Boonsak Ponsana ‘straight game’ dari Thailand 13-21, 7-21 di Stadium Putra Bukit Jalil.Kejayaan ini merupakan kejuaraannya kali ke-enam Chong Wei dalam kejohanan Terbuka Malaysia.Tanpa Lin Dan yang menarik diri di saat akhir memudahkan lagi laluan Chong Wei untuk merangkul kejohanan kali ini.
Boonsak yang menjadi wakil tunggal Thailand melakukan serangan psikologi sebelum perlawanan bermula dengan cuba mengganggu termasuk memilih bertukar gelanggang sebelum memulakan aksi.Namun itu tidak langsung mengganggu tumpuan Chong Wei yang akhirnya memenangi perlawanan tersebut.
Chong Wei kini hampir pasti untuk mengatasi rekod lapan gelaran Wong Peng Soon dilakukan pada penghujung 1940an dan awal 1950an.Selain itu Chong Wei juga turut melakar sejarah peribadi apabila meraih dua gelaran Super Series 2 kali berturut-turut, selepas menjuarai Terbuka Korea Selatan.
Pada awal perlawanan pemain dari Thailand itu memilih untuk banyak menyerang dan berjaya mendahului 6-3 dan 12-10. Namun segalanya berubah apabila Chong Wei yang memintas pada 12-12 sebelum membina kelebihan 15-12. Satu lagi mata berjaya dipungut Boonsak sebelum Chong Wei menamatkan perlawanan set yang pertama dengan 13-21 dalam masa 19 minit.
Dan semuanya terus berubah pada set kedua apabila Chong Wei mendahului dengan pungutan sembilan mata pertama dan biarpun ditentang Boonsak itu tidak menghalang Chong Wei untuk menewaskan Boonsak dalam masa 15 minit dihadapan lebih 7,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil.
Kejayaan kem badminton negara disusuli pula dengan kejayaan gandingan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menamatkan penantian dua tahun mereka untuk meraih gelaran juara beregu lelaki apabila menumpaskan pasangan dari China, Guo Zhendong-Xu Chen dengan tiga set 21-15, 17-21, 21-16 yang mengambil masa selama 55 minit.
Namun bergu negara cemas seketika apabila pasangan dari China berjaya merampas set kedua namun berjaya dinafikan oleh Kien Keat-Tan Boon Heong apabila mereka memenangi set ketiga sekaligus menamatkan perlawanan dramatik itu.Semoga kejayaan kem badminton negara akan berterusan dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang seperti Seluruh Englang dan Piala Thomas.
















