
1 Seri dan 5 kemenangan menjadi santapan para peminat bolasepak tempatan dan perkara ini pasti memberi kepuasan kepada mereka yang hadir menyaksikan perlawanan di stadium masing-masing.5 kemenangan adalah sesuatu yang berbaloi jika di ambil kira perbelanjaan tiket yang dikeluarkan oleh para peminat bolasepak seluruh negara.
Berikut adalah perlawanan yang mencatakan keputusan seri.
Perlawanan antara Perlis dan Selangor walaupun menjadi tumpuan para peminat bolasepak tempatan kali ini namun perlawanan ini kedua-dua pasukan hanya mampu mencatat keputusan seri1-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Tuan rumah di depan menerusi tandukan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-10 namun disamakan oleh Safiq Rahim apabila meledakkan sepakan percuma pada minit ke-37. Walaupun mencatat keputusan seri Selangor masih terus kekal sebagai teraju liga super.
Dibawah pula adalah pasukan-pasukan yang mencatat kemenangan dalam Liga Super.
Pasukan pertama yang mencatatkan kemenangan ialah TERENGGANU yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur walaupun beraksi dengan 10 pemain buat hampir 30 mini sebelum perlawanan berakhir.
Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh pakar set-piece, Zairo Anuar Zalani yang melencongkan sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit kedua perlawanan dan disusuli jaringan minit akhir perlawanan oleh Ashaari Shamsuddin.
Pasukan kedua yang mencatat kemenangan ialah Kedah apabila meraih kemenangan pertama di tempat sendiri dengan menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Darulaman,
Azlan Ismail menjadi wira pasukan kedah apabila menjaringkan 2 gol iaitu pada minit ke-25 dan 58 selepas Faizal Abu Bakar menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 menerusi tendangan dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Syamsuri Mustaffa manakala gol tunggal pasukanT-Team dijaringkan oleh Haris Safwan Kamal, sembilan minit sebelum tamat.
Pasukan ketiga yang mencatat kemenangan ialah Kelantan apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Mohd IV.Pemain skuad bawah 23 tahun negara Norshahrul Idlan Talaha menjadi wira Kelantan apabila menyumbat gol hatrik pada minit ke-45, 50 dan 88 walaupun Pulau Pinang mengejutkan tuan rumah terlebih dulu dengan gol pembukaan V Jaganathan menerusi satu tandukan pada minit ke-13 perlawanan.
Pasukan ke-empat yang mencatat kemenangan ialah pasukan Pahang apabila menewaskan KL Plus 2-1 Di Stadium Darulmakmur.
Pasukan terakahir yang mencatatkan kemenangan ialah Johor FC yang mengejutkan Perak apabila membenam pasukan tuan rumah dengan kemenangan 3-0 di Stadium Perak.
















