Thursday, Sep 09th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Siasat 5 Sebab Lin Dan ‘Simpan Kuku’

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

5 Sebab Lin Dan ‘Simpan Kuku’

E-mail Print PDF

Sejak dari tahun lalu isu Lin Dan sering diperkatakan ramai baik peminat, wartawan, lawan mahupun persatuan badminton antarbangsa sendiri.Semua ini angkara Lin Dan menarik diri dalam deretan kejohanan super series lalu perkara ini lantas mengundang rasa kurang senang oleh negara lain termasuk para pemain yang beraksi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.Ketiadaan Lin Dan menyebabkan sesuatu kejohanan seolah-olah kehilangan seri kerana tiada pemain yang mampu menyaingi para pemain seperti taufik hidayat begitu juga jaguh sensasi negara Dato’ Lee Chong Wei.

Sehingga bulan Februari 2010 iaitu selepas 2 kejohanan super series berlangsung iaitu Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia kelibat jagoan China itu masih belum kelihatan membuatkan lebih banyak pertanyaan mula kedengaran.Terbuka Malaysia hampir-hampir menyambut ketibaan pemain tersebut dan ramai tertunggu-tunggu pertembungan pemain tersebut dengan jaguh negara Dato’Lee Chong Wei namun pertembungan itu tidak menjadi kenyataan apabila Lin Dan tiba-tiba menarik diri dari kejohanan tersebut pada saat akhir.Adakah Lin Dan sedang ‘bermain’ sesuatu?

Pada mulanya BWF tidak mengambil endah isu penarikan pemain seperti ini kerana bagi mereka itu semua adalah perkara lumrah dalam mana-mana sukan.Setelah isu ini berlarutan agak panjang akhirnya BWF sendiri terasa seperti diperbudak-budakkan oleh pemain-pemain China.Mana tidaknya bukan seorang yang menarik diri tetapi semua pemain utama negara tersebut menarik diri.Yang hadir pada kejohanan adalah pemain-pemain pelapis yang baru untuk mencipta nama.Siapakah yang bermain wayang sebenarnya?Pemain China atau persatuan badminton negara tersebut?Setelah dikaji dan disiasat di dapati muncul 5 sebab mengapa Lin Dan simpan kuku.

Strategi pasukan China

Tindakan menarik diri dalam kejohanan-kejohanan tertentu adalah salah satu strategi China dalam persediaan menghadapi kejohanan yang lebih penting.Mereka mahu pemain betul-betul bersedia dalam kejohanan yang akan disertai dimasa depan. Perancangan mereka kali ini untuk memenangi sesuatu kejohanan besar strateginya adalah lebih terancang dan tersusun bukan secara sembrono lagi.Hendak tidak hendak Lin Dan harus akur pada kehendak pasukannya.Adakah Lin Dan menjadi mangsa?

Fokus pada kejohanan tertentu

Jika sebelum ini pemain-pemain boleh menyertai mana-mana kejohanan dengan tujuan memberi pendedahan dan menambah pengalaman kepada pemain,kini pasukan China mula fokus untuk memenangi sesuatu kejohanan.Antara kejohanan yang menjadi buruan dalam calendar badminton antarabangsa tahun ini adalah kejohanan All England dan Piala Thomas.Tujuan fokus adalah untuk memastikan kejohanan-kejohanan ini dapat dibolot oleh negara mereka.Justeru itu mereka mahu Lin Dan menumpukan kepada kejohanan tersebut bukan kejohanan biasa.

Memberi pendedahan kepada pemain pelapis

Para pelapis mereka harus didedahkan seberapa banyak kejohanan yang mungkin demi memastikan sentiasa ada pemain pelapis untuk menggantikan para pemain senior sedia ada.Justeru itu tidak lain dan tidak bukan tujuan pasukan China menyimpan kuku adalah untuk memberi lebih pendedahan kepada angkatan muda mereka.Sekali lagi benarkah Lin Dan menjadi mangsa.

Lin Dan mahu beri kejutan pada Chong Wei

Sehingga hari ini ramai masih tidak tahu sebab mengapa Lin Dan banyak menarik diri dalam kejohanan badminton Super Series.Antara salah satu sebab ialah dia ingin membuat kejutan pada Chong Wei dan kejutan itu hanya akan diketahui apabila Lin Dan turun suatu hari nanti.Apapun yang berlaku Chong Wei harus bersedia pada saat dan ketika itu.

Usia Lin Dan yang meningkat

Pada usia yang semakin meningkat Lin Dan kini berstrategi dalam memilih sesuatu kejohanan demi memastikan kejohanan penting dapat dirangkul dan dipertahankan.Hanya Lin Dan sendiri dan pasukannya sahaja tahu kemampuannya.Tidak ada guna menyertai semua kejohanan tapi pada kejohanan penting seperti All England dia tewas.

Dipihak pemain Malaysia,terutama perseorangan utama negara lupakan isu Lin Dan.Biarkan dia terjun dengan labu-labunya.Yang penting para pemain terus fokus dan tingkatkan motivasi serta kekuatan mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang.

Perbincangan dan luahan pendapat anda di FORUM