
Harga kereta yang dijual di Malaysia dikatakan sangat tinggi berbanding harga kereta negara lain.Begitulah antara keluhan rakyat bila di ajak berbicara mengenai harga kereta-kereta yang dijual di Malaysia.Tidak kira harga kereta tempatan atau luar negara kedua-dua harga yang ditawarkan boleh dikatakan begitu mencekik darah.
Dibawah antara perbandingan harga kereta yang dijual di Malaysia dengan harga jualan kereta di luar negara.
BMW 535i dijual hanya RM178,000 di US
Di United States of America (negara membangun yang menjadi inspirasi kita untuk mencapai matlamat 2020)sebuah model 2009 BMW 535i Sedan ia dijual pada harga USD50,367.00.Jika ditukar ke RM harganya cuma RM178,000 – bersamaan dengan harga sebuah Toyota Camry 2.4L yang dijual di Malaysia . Di Malaysia harga BMW 535i dijual pada harga RM450,000.
BMW 328i dijual hanya RM155,000 di US
Sebuah model BMW 328i tahun 2009 2 pintu Convertible dijual pada harga USD44,014 atau RM155,369.00 di US.Di Malaysia kereta yang dijual pada harga lebih RM460,000.
Audi A4 2.0T Cabriolet Convertible dijual pada harga RM142,000 di US
Sebuah kereta model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible tahun 2009 dijual pada harga USD40,328.00 atau RM142,357.Di Malaysia kereta yang dijual pada harga lebih RM265,000.
VW GTI 2.0T dijual pada harga RM85,000 di US
Di US 2009 model Volkswagen GTI 2.0T dijual pada harga USD 24,039 atau RM85,000 sahaja.Di China kereta yang sama dijual pada harga sekitar RM60,000. Di Malaysia harga bagi VW adalah sekitar RM200,000.
2010 model Toyota Camry 2.4L
Harga kereta tersebut di US ialah sekitar USD 19,659.00 atau RM69,396. Di Malaysia model 2008 Toyota Camry 2.4L harganya ialah RM170,000.
Contoh-contoh diatas antara perbandingan yang membuktikan rakyat di negara ini membayar harga kereta yang paling tinggi didunia.Dianggarkan 26 million rakyat di Malaysia harus membayar 3 kali ganda untuk kereta yang mereka miliki berbanding harga di United States.Malaysia adalah negara membangun.Kos tanah dan pekerja adalah lebih murah berbanding US.Oleh itu kenapa harga kereta terlalu mahal.Perkara ini jika difikirkan sesuatu yang tidak masuk akal.
Jika dibandingkan harga kereta di Malaysia berbanding jiran negara jiran Indonesia, Toyota Altis dijual di Indonesia dengan harga sekitar RM46,000.Kereta yang sama dijual di Malaysia adalah pada harga sekitar RM 112,000.Harga ini adalah peningkatan harga 3 kali ganda berbanding negara jiran tersebut.
Bagi kereta Honda Jazz pula ia dijual pada harga RM108,000 di sini tetapi di Indonesia harga the Jazz dijual pada harga RM 36,000 iaitu juga 3 kali ganda mahal dari harga di negara jiran tersebut.
Study kes:Sekiranya kereta Honda Jazz di jual dengan harga yang sebenarnya (lebih kurang RM36,000 saja) dan bukan pada harga sekarang(RM108,000) ini bermakna bayaran bulanan bagi pembeli kereta akan berkurangan iaitu mungkin sepertiga daripada bayaran bulanan sekarang.
Katalah sekarang rakyat Malaysia membayar RM1,500 sebulan untuk membeli Honda Jazz mengikut harga kereta harga pasaran dunia, orang kita hanya perlu bayar sekitar RM500 saja sebulan.
Maksudnya tanpa kerajaan perlu membuat apa pun (merangsang ekonomi,belanja berpuluh billion Ringgit duit rakyat untuk stimulus dan sebagainya) setiap rakyat Malaysia yang membeli kereta yang seharga dengan Honda Jazz akan dapat menjimatkan sehingga RM1,000 sebulan daripada kos sara hidup bulanannya.
Namun, yang menjadi mangsa dulu dan yang menjadi miskin dulu orang Melayu juga. Orang Melayu yang paling ramai sekali menjadi pembeli kereta dalam negara kita. Orang Melayu kebanyakannya makan gaji – tiap bulan dapat gaji tetap. Bila harga kereta naik gila, yang menjadi miskin di saf depan sekali adalah orang Melayu juga.
Isu harga kereta ini telah lama kedengaran namun tiada satu langkah proaktif diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.Suara rakyat seolah tidak kedengaran.Antara langkah-langkah yang boleh dicadangkan disini ialah kerajaan disarankan menurunkan interest bank yang tinggi yang dikenakan ke atas kereta Malaysia.Ini adalah kerana interest bagi kereta toyota atau honda boleh dapat interest bawah 3% dan sangat bagus kalau kereta nasional seperti Waja, Persona, Gen2 dan sebagainya juga mendapat kadar yang sama kemudian barulah ia dikatakan sebagai kereta mampu milik bagi rakyat Malaysia.Diharapkan perkara ini dipandang serius oleh kerajaan demi memastikan rakyat dinegara ini tidak rasa dianaktirikan.
















