Thursday, Sep 09th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Sukan Cabaran Harimau Muda A Sebelum Ke Slovakia

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Cabaran Harimau Muda A Sebelum Ke Slovakia

E-mail Print PDF

Walaupun melakar kejayaan manis apabila memenangi pingat emas Sukan Sea Loas dan mengakhiri penantian selama 20 tahun,perjalanan skuad bolasepak kebangsaan tetap meniti cabaran dan rintangan.Terbaru isu skuad harimau Muda yang dibimbangi tiada perlawanan kompetitif apabila tidak dibenarkan beraksi dalam liga domestik.

Dibawah adalah rentetan cabaran Harimau Muda sebelum mendapat pengesahan ke Slovakia.

1)FAS tolak hajat Harimau Cabaran harimau muda bermula dengan penolakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) daripada menyertai Liga S 2010 atas beberapa sebab teknikal dan kesuntukan masa. Namun begitu FAS memberi jaminan peluang untuk skuad Harimau Muda untuk beraksi tahun depan tetap ada.Ini adalah kerana FAS yakin bahawa dengan penyertaan skuad bolasepak Malaysia dalam Liga S bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Liga itu disertai 12 pasukan, termasuk tiga pasukan luar negara iaitu Albirex dari Jepun , Etoile dari Perancis. Beijing Guo''an dari China.

2)Permohonan kemasukkan ke kancah domestik di tolak badan gabungan FAM Penolakan penyertaan ke dalam Liga S memberi tamparan hebat kepada FAM kerana kesuntukkan masa untuk mencari pendedahan terbaik untuk Harimau Muda sepanjang tahun 2010.

Kritikan mula kedengaran dari para pengkritik bolasepak termasuk di media masa dan elektronik.Lantas FAM bercadang untuk menempatkan skuad Harimau Muda ke kancah Liga Super namun tidak berjaya kerana tidak dipersetujui oleh badan gabungan FAM.Selepas itu muncul ura-ura supaya skuad Harimau Muda ini dibenarkan beraksi dalam pertandingan Piala FA.

3) Barisan bawah 21 kebangsaan akhiri penantian dengan ke Slovakia Secara tiba-tiba FAM mengumumkan skuad bawah 21 negara akan beraksi di dalam divisyen satu Slovakia sekaligus menamatkan penantian peminat dan pemain skuad bolasepak negara.

Persatuan Bola Sepak Slovakia boleh dikatakan menjadi penyelamat buat Harimau Muda A apabila memberi persetujuan untuk menerima barisan bawah 21 kebangsaan dalam liga divisyen satu mereka. Skuad Harimau Muda A akan menghadapi 14 perlawanan kompetitif sepanjang menyertai divisyen tersebut.Divisyen satu tersebut merupakan satu tahap di bawah Liga Super negara itu dan skuad ini dijangka berada di Slovakia selama 3 bulan bermula dari bulan Februari sehingga Mei ini.

Skuad ini akan berpangkalan di Vion dan memulakan perlawanan pertama dengan menguji kekuatan pasukan bertaraf liga simpanan Slovakia pada 27 Februari dan akan menamatkan jadual liga pada 29 Mei 2010.

Perbincangan dan luahan pendapat anda di FORUM