Friday, Sep 10th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Sukan BAM Berkocak Angkara Kim Her?

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

BAM Berkocak Angkara Kim Her?

E-mail Print PDF

Walaupun gelaran pemain perseorangan no.1 dunia dipegang oleh pemain dari Malaysia iaitu Dato’ Lee Chong Wei namun kemelut yang melanda Persatuan Badminton Malaysia(BAM) tetap tiada siapa dapat menafikannya.Paling ketara ialah masalah kewangan BAM dimana ketika mesyuarat agung yang lalu, BAM berdepan belanjawan defisit lebih RM70,000. Malah jika diteliti, angka defisit itu sepatutnya lebih tinggi kerana laporan kewangan itu turut memasukkan pendapatan yang dijangka diperolehi, tetapi belum lagi masuk ke kantung BAM.

Namun masalah paling panas bukanlah masalah tersebut. Masalah tersebut ialah masalah berkaitan dengan kemasukan jurulatih baru bergu negara iaitu Tan Kim Her sebulan sebelum dia memulakan tugas selaku jurulatih.

Masalah ditimbulkan, oleh ahli gabungan badan induk itu,berkaitan dengan sumber kewangan akan dicari BAM untuk membiayai gaji jurulatih tersebut ketika badan induk itu kini berdepan ‘krisis kewangan’ yang agak meruncing.

Jika benar Tan Kim Her menjadi jurulatih bergu negara BAM bakal berdepan belanjawan defisit kerana gaji jurulatih tersebut mencecah RM200,000 setahun.

Bagi menyertai pertandingan terutamnya antarabangsa kos  pemain dan jurulatih ke pelbagai kejohanan antarabangsa, 90 peratus perbelanjaan ditanggung MSN (Majlis Sukan Negara).

Persoalan yang bermain disini ialah bagaimanakah caranya BAM mahu menanggung gaji Tan Kim Her yang mungkin menceah RM200,000 setahun?Tepuk dada tanya selera.