
Kisah gadis dari Malaysia yang melarikan diri ke Indonesia kerana mengikut kekasih tidak boleh dilupai oleh rakyat Malaysia kerana isu itu nampaknya muncul kembali disebabkan masih ramai yang gagal mengambil pengajaran dari isu berkenaan.
Semuanya angkara jatuh hati kepada lelaki seberang tersebut dan atas alasan itu mendorong mereka berhasrat meninggalkan keluarga di Malaysia hanya semata-mata untuk kahwin lari di negara jiran tersebut.Sebenarnya mereka bimbang hubungan mereka tidak direstui atau dihalang oleh kedua ibubapa mereka.Justeru jalan terbaik bagi mereka ialah melarikan diri ke Indonesia.
Kes terbaru melibatkan seorang gadis bernama Pijah iaitu seorang gadis berusia 19 tahun dari Kampung Setia Jaya, Setapak di sini melarikan diri untuk berkahwin dengan lelaki berasal dari Jawa Timur yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.
Namun Pijah tidak sepatutnya dipersalahkan 100% dalam masalah ini kerana dia masih remaja dan tidak nampak masalah yang bakal timbul di masa depan.Dikala ini pasti ramai yang memandang serong kepada remaja dan keluarga terbabit. Sebenarnya masyarakat juga patut rasa bersalah dengan kejadian seperti ini kerana akar masalah ini adalah dari kita juga.Jadi yang penting muhasabah diri adalah lebih penting.
Dalam isu ini Pijah atau nama sebenarnya Noorlaili Hafizah Omar sempat meninggalkan nota kepada bapanya, Omar Mahmud, 56, dan memaklumkan tujuannya melarikan diri ke Indonesia.
Antara bunyi nota yang ditulis ialah : "Abah mula ari nie Pijah tak balik rumah sebab Pijah ikut Abang Jo pergi Indonesia, kita kawin kat sana.
"Abah, abah kita mintak maaf atas perbuatan jahat kita abah, kita sedih sangat abah, tapi kita suka kat Abang Jo. Dia baik abah, kalau tak buat cara ni abah tak mungkin bagi kita kawin ngan Abang Jo sebab abah tak suka ngan orang Indonesia, sebab tu kita buat."
Menurut bapanya,Omar, dia mula bimbang apabila anak keempatnya itu tidak pulang ke rumah sehingga malam dan kemudian menghubungi rakannya namun dimaklumkan Noorlaili Hafizah tidak datang menemuinya.Dia kemudian membuat keputusan membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya Balai Polis Taman Melawati.
Tidak lama selepas itu menurut Omar mereka kemudian mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Pijah kepada kakaknya, Siti Norlaila, 24.Dalam SMS tersebut Pijah memaklumkan mengenai pemergiannya melalui sekeping nota yang ditinggalkan dalam laci dapur.
Menurut Omar anaknya juga sempat menghantar beberapa SMS memberitahu dia sudah berada di Johor menunggu untuk bertolak ke Jawa Timur.
Kami mendapat tahu Pijah mula bercinta dengan Sarjo sejak 2005 iaitu semasa pemuda itu bekerja membina kondominium di tepi rumah kami daripada rakan-rakannya.
Berikutan itu, Omar merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noorlaili Hafizah supaya menghubunginya di talian 017-3107234 atau anak sulungnya, Mustafa Kamal (016-2690277).
















