Friday, Sep 10th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Aktiviti Sana Sini Karnival Jom Heboh 2010 Bermula Di Bukit Jalil

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Karnival Jom Heboh 2010 Bermula Di Bukit Jalil

E-mail Print PDF

Selepas kejayaan Karnival Jom Heboh tahun 2009 kini Karnival tersebut akan diteruskan untuk tahun 2010 pula.Bagi tahun 2010 akan berwajah baru dengan melakukan beberapa perubahan dan penambahbaikan agar ia terus diterima oleh masyarakat Malaysia.

Antara perubahan yang akan dilakukan ialah mengadakan karnival tersebut di lokasi-lokasi yang belum pernah dikunjungi pada tahun-tahun sebelum ini.Dan yang lebih menarik buat pertama kalinya Jom Heboh bertandang ke Terengganu dan Kelantan.Pada tahun ini Jom Heboh lebih memfokuskan kepada kekeluargaan dan aktiviti permainan. Pada setiap lokasi yang dikunjungi, Jom Heboh akan mengadakan aktiviti amal dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dengan menceriakan penghuni rumah tersebut. Lokasi-lokasi Jom Heboh tahun ini ialah Kuala Lumpur, Johor, Perlis, Pahang, Sarawak, Perak Terengganu dan Kelantan.

Selain itu pada tahun juga gerai Berita TV3 muncul kembali dengan pelbagai keistimewaan, antaranya ujibakat pembaca berita selain dapat beramah mesra dengan penyampai berita.

Gerai-gerai kendalian TV3 juga akan diberi nama dan nafas baru agar dapat menyuntik semangat kepada orang ramai.

Kelainan tahun ini ialah lokasi pertama Jom Heboh akan diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 27 dan 28 Februari ini bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Seperti biasa konsert Jom Heboh Bukit Jalil akan menampilkan artis terkenal seperti Black & Meet Uncle Hussain, Juara MyStarz LG 3, Tom, Kumpulan Pesawat, Jaclyn Victor serta Mas Idayu.