Friday, Sep 10th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Sukan Selangor Berjaya Kekang Becamex Binh Duoang

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Selangor Berjaya Kekang Becamex Binh Duoang

E-mail Print PDF

Wakil dari Malaysia iaitu pasukan SELANGOR berjaya mengikat pasukan dari Vietnam Becamex Binh Duong 0-0.Secara keseluruhan anak buah K Devan berhak mendapat pujian kerana mereka menentang sebuah pasukan yang membariskan beberapa pemain import sedangkankan Selangor hanya membariskan barisan anak tempatan sahaja dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F, Piala AFC di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Jika diimbas kembali perlawanan tahun lepas iaitu antara Kedah dan pasukan dari Vietnam itu wakil dari Malaysia nyata tidak dapat menandingi pasukan itu apabila dibelasah 8-2 pada saingan suku akhir tahun lalu namun pada kali ini situasi nyata sudah berbeza dan seharusnya  Selangor yang menjelmakan aksi membanggakan dapat mencuri tiga mata andai percubaan daripada Safee Sali pada babak kedua tidak terkena tiang.

Seperti dijangka pasukan Becamex adalah pasukan yang diperkuatkan dengan pemain import, menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Selangor namun tuan rumah berjaya mengekang asakan yang diterajui oleh pemain import dari Brazil yang mengambil kerakyatan Vietnam, Kesley Huynh Alves namun rembatannya tersasar minit ke-34.

Tidak terhenti setakat itu Becamex terus melakukan serangan dan meningkatkan tekanan ke atas kubu lawan dengan tandukan Kubheka Philani selang empat minit kemudian tetapi ia tersasar daripada pintu gol.

Walaupun sering diasak oleh Becamex,pasukan Merah Kuning tidak mudah putus asa apabila sekali-sekali berjaya menembusi kotak penalti Becamex dengan rembatan Safee terkena tiang kanan, namun bola yang melantun gagal disambar kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-58.

Safee Sali sekali lagi berpeluang menjadi wira Selangor apabila dia yang tidak dikawal dalam kotak penalty membuat satu rembatan namun ia hanya terus ke The Anh ketika ada peluang baik menyungkit ke gawang kosong minit ke-90.