Friday, Sep 10th

Last update:01:05:40 AM GMT

You are here: Artikel Sukan Malaysia Tewaskan Yaman

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Malaysia Tewaskan Yaman

E-mail Print PDF

Malaysia menewaskan Yaman 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi sekaligus membuka kempen 2010 dengan noktah kemenangan.

Perlawanan malam tadi adalah antara perlawanan persiapan penting  bagi menghadapi 2 misi utama tahun ini iaitu Sukan Asia (November) dan Piala AFF (Disember).

Kemenangan ini mengubat sedikit duka skuad negara kerana  tewas 1-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu pada kelayakan Piala Asia awal Januari dan kejayaan ke atas negara yang berada pada kedudukan ranking dunia lebih baik meneruskan rentetan persembahan cemerlang sejak memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 lalu.

Gol tunggal kemenangan pasukan Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar minit ke-55, membuktikan dirinya adalah tunjang utama skuad kebangsaan selepas muncul wira pada Sukan Sea Laos tahun lalu.

Daripada lapan pemain baru dipanggil pengendali, K Rajagobal hanya penyerang Terengganu, Mohd Ashaari Samsuddin diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama apabila dia membuat penampilan pertama selepas dua tahun.

Keputusan K Rajagobal nyata tepat apabila memberi kepercayaan kepada Mohd Ashaari Samsuddin untuk turun dalam kesebelasan utama apabila pemain terbabit tampil dengan  dua percubaan bahaya dan hampir membuka jaringan pada  minit ke-11 apabila rembatannya terkena palang selepas mendapat hantaran dari Baddrol Bakhtiar.