
Selangor berjaya menumbangkan Pulau Pinang 1-0 dalam saingan tunggal Liga Super malam tadi sekaligus terus mengekalkan momentum sebagai pendahulu liga apabila menjarakkan kelebihan mata kepada lima ke atas pencabar di tempat kedua Terengganu.
Pada separuh masa pertama jurulatih Selangor, K Devan membuat keputusan tidak menurunkan penyerang utamanya, SafeeSali sebaliknya mengandingkan R Serendran bersama Rudie Ramli sebagai penyerang kembar namun gandingan tersebut gagal menembusi pintu gol Pulau Pinang sepanjang 45 minit pertama.
Namun Selangor yang juga bermain tanpa perancang utama, Amri Yahya yang dikenakan dua kad kuning sebelum ini berjaya menjaringkan gol tunggal skuad Merah Kuning pada minit ke-77 hasil rembatan kencang penyerang, Rudie Ramli yang tidak dikawal selepas menerima hantaran cantik penyerang gantian, Safee Sali.
Sepanjang lapan perlawanan lalu, Selangor menang enam, tewas dan seri dua kali untuk mengumpul 19 mata manakala Terengganu di tangga kedua (14 mata).
















