Jika anda pengguna telefon BlackBerry anda mungkin terpaksa menukarkankannya dengan telefon yang lain kerana masalah keselamatan yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.
Setakat ini kerajaan masih dalam proses mengumpul data mengenai telefon ini kerana didapati penggunaan telefon ini terdedah kepada tersebarnya maklumat sulit.
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung status perkhidmatan telefon pintar Blackberry di negara ini
Perkara ini timbul berikutan data dan e-mel yang dihantar menerusi telefon BlackBerry disimpan dalam server ibu pejabat syarikat pengeluar telefon pintar itu, Research in Motion (RIM), di Kanada.Perkara ini menimbulkan kemungkinan data dimanipulasi oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Setakat ini Arab Saudi sudah mengharamkan penggunaan telefon blackberry dinegara tersebut. BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE.
Sementara itu di Algeria,negara tersebut sedang mengkaji penggunaan telefon BlackBerry dan akan mengharamkan penggunaannya jika boleh mengancam keselamatan negara.Dalam masa yang sama Indonesia juga sedang mengkaji sama ada untuk mengharamkan penggunaan telefon tersebut atau tidak