Thursday, Sep 09th

Last update:01:05:40 AM GMT

RSS
You are here: Artikel Pendidikan

(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

(tarikh iklan: Sehingga 31 Ogos 2010)

Pendidikan

Tiket Bas Balik Raya-Jangan Tunggu Hingga Akhir

E-mail Print PDF

Para pengguna yang menggunakan bas sebagai pengangkutan untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing dinasihatkan supaya tidak menangguh-nangguhkan pembelian tiket tersebut.Ini kerana jika lewat mendapatkan tiket mereka pasti berhadapan kesukaran jika membelinya pada minit-minit akhir.Ada 2 kemungkinan bakal mereka hadapi iaitu kesesakan semasa membeli tiket dan kehabisan tiket pulang kekampung.

Last Updated on Saturday, 14 August 2010 09:53 Read more...

8 Tip Berjaya Dalam Temuduga Kerja

E-mail Print PDF

Buat Kajian Mengenai Syarikat

Membuat kajian mengenai latar belakang syarikat yang akan menemuduga kita adalah langkah pertama yang wajib dilakukan.Ia menjamin kejayaan anda dalam temuduga.Ia menunjukkan anda tidak sambil lewa apabila hadir untuk temuduga.Antara soalan yang akan ditanya ialah “Apa yang kamu tahu mengenai syarikat kami?” dan “Mengapa anda ingin bekerja di syarikat kami?”Mengetahui sebanyak mungkin tentang syarikat seperti prestasi terdahulu dan rancangan masa depan boleh menjadikan seisi temuduga lebih menarik dan meyakinkan.

Praktikal

Apabila anda selalu membuat latihan ia akan membantu anda meningkatkan keyakinan diri.Ada boleh berlatih dengan rakan anda dan merekod seisi intervies anda dan o;eh itu anda boleh mengesan kelemahan anda.Sediakan jawapan kepada soalan yang biasa ditanya semasa temuduga.Melakukan seperti itu akan membantu anda menganalisa latarbelakang anda dan kelayakan untuk jawatan tersebut.

Sediakan soalan untuk ditanya

Semasa seisi temuduga anda dinasihatkan untuk menekankan apa manfaat yang boleh anda berikan kepada syarikat.Selain itu sediakan soalan untuk ditanya kepada penemuduga.Dengan bertanya ia akan menjadikan seisi temuduga lebih menarik selain menunjukkan tahap keyakinan anda kepada penemuduga.Ini yang mahu dilihat oleh mereka.

Mengingati kandungan resume anda

Untuk setiap item didalam resume anda cuba sedaya upaya untuk mengingatinya.Jika anda terlalu gementar untuk mengingati semua,tidak mengapa untuk mempunyai salinan resume semasa temuduga.Tetapi jangan lupa untuk terus melakukan ‘eye contact’ dengan penemuduga.

Bersedia untuk temuduga

Adalah sangat penting untuk berada ditempat temuduga lebih awal atau tepat pada waktunya.Hadirlah 15 minit awal untuk menghilangkan rasa gementar.Jika perlu keluar awal dari rumah untuk mengelak kesesakan,mencari tempat letak kereta atau untuk mengelak tersesat.Anda juga dinasihatkan supaya mengetahui nama penemuga dan menyebutnya semasa seisi temuduga.Jangan lupa juga membawa lebih salinan resume anda semasa temuduga.

Berpakaian sesuai

Perkara ini mingkin dianggap remeh tetapi ianya sangat penting.Sebelum pergi ke temuduga tersebut pastikan anda mempunyai pakaian yang selesa,bersih dan bersesuaian.Pastikan kasut dan stokin berkilat dan bersesuaian.Selain itu pastikan juga fail sijil anda dalam keadaan teratur mengikut susunan.

Semasa Temuduga

Cuba sedaya upaya untuk bersikap tenang.Jika anda tidak jelas dengan soalan yang diberikan minta penemuduga untuk mengulangi soalan tersebut.Ini adalah untuk memastikan anda betul-betul menjawab soalan yang diberikan.

Mengakhiri temuduga

Ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan tunjukkan minat anda terhadap jawatan tersebut.Selepas itu buat ‘follow Up’ dengan menghantar surat terima kasih selepas beberapa hari temuduga tersebut berakhir.

Last Updated on Wednesday, 16 June 2010 05:01

Program 'Jom Masuk U' Beri Banyak Faedah Kepada Pelajar

E-mail Print PDF

jmu

Impian ke menara gading memang menjadi idaman semua pelajar lepasan sekolah.Mana tidaknya,ini adalah disebabkan hanya dengan memasuki universiti sajalah peluang untuk mendapat pekerjaan menjadi semakin mudah.Namun tidak semua pelajar berjaya ke menara gading.Hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Program Jom Masuk U  kini peluang lebih ramai pelajar untuk melangkah ke mana-mana universiti seluruh Malaysia terbuka lebih luas.

Program Jom Masuk U merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sejak tahun 2005

Ia merupakan Program Outreach tahunan Kementerian PengajianTinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program ini adalah program tahunan dan telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005.

Program ini diwujudkan setelah menerima maklum balas positif dari pelajar, ibu bapa kaunselor, pendidik, masyarakat umum dan stake holders lain. Bermula tahun 2010 KPTN akan menjadi “signatureprogramme” Kementerian Pengajian Tinggi.
Tagline ‘’JOM MASUK U’’ telah digunapakai oleh KPT bagi memotivasikan dan memudahkan para pemohon untuk mendapatkan maklumat terbaru atau terkini dan tepat mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

KPT mensasarkan sebanyak 100,000  pengunjung ke pameran pendidikan tersebut.Antara golongan sasaran program iniadalah seperti :

1.    Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar

2.    Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain

3.    Kaunselor,guru, ibu bapa, masyarakat setempat.

Antara objektif program Jom Masuk U adalah serta menyebarkan maklumat mengenai kewujudan program sedia ada termasuk mempromosi serta memperkenalkan program pengajian terbaru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.

Selain itu objektif program adalah KPT ingin menjadikan program tahunan ini sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat dan untuk menarik golongan-golongan sasaran seperti pemohon, guru,ibu bapa dan komuniti setempat.

Melalui konsep ini golongan sasaran tersebut boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

Melalui program ini juga KPT akan dapat menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.Dengan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan pihak ibubapa bagaimana pemarkahan dibuat dan kepentingan kokurikulum kepada anak-anak mereka dimana 10% markah kokurikulum diambil kira untuk pemilihan masuk ke IPTA manakala 90% lagi adalah markah akademik

Selain itu tujuan KPT mengadakan program ini adalah untuk memupuk kesedaran disamping mendidik pemohon dan masyarakat awam berkenaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online)

Selain pameran dan pendedahan maklumat, karnival jom masuk u juga akan menjalankan beberapa aktiviti sampingan seperti kuiz, forum, khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling pendidikan dan permohonan aplikasi atas talian yang mana ia dapat memeriahkan suasana di karnival tersebut.

Untuk tahun 2010 program ini peringkat pertama adalah bermula di Johor Bahru pada 9 dan 10 Januari lalu dimana ia telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala peringkat kedua adalah di Stadium Malawati Shah Alam dan ia akan terus menjelajah seluruh negara.

Setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan contohnya 3,000 orang telah memenuhi Stadium Melawati di Shah Alam dimana Timbalan Pendaftar Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Rosilawati Abdul Jamil sendiri mengakui tidak menjangka menerima sambutan begitu ramai melibatkan para pelajar dan ibu bapa dalam karnival di Shah Alam tersebut.

Antara pihak yang terlibat dalam karnival jom masuk u ini ialah INSPEN dimana mereka mempromosi program akademik yang ditawarkan kepada orang ramai, terutamanya para pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.Mereka memilih karnival ini adalah kerana mereka yakin karnival ini adalah satu platform yang sangat berkesan untuk mendekati golongan pelajar dan ibubapa.

Last Updated on Saturday, 23 January 2010 20:09

Pesanan Kepada Pemegang Akaun MAYBANK

E-mail Print PDF

Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati-hati apabila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM. Dibawah adalah situasi yang perlu anda ambil perhatian semasa mengeluarkan duit dari mana-mana ATM mesin.

1.Anda  menekan no. pin (8 digit), tiba-tiba muncul pemberitahuan anda tersilap menekan no.pin seperti perkataan 'nombor pin salah' dan anda dikehendaki memasukkan sekali lagi no.pin anda.  
Last Updated on Tuesday, 19 January 2010 11:29 Read more...

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia Bakal Diperkenal KWSP

E-mail Print PDF

Kerajaan akan menubuhkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ini yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Bajet 2010 pada Oktober akan mula dilaksanakan bermula 3 Januari 2010.Justeru itu kebimbangan golongan yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, pemandu teksi, penjaja dan pemilik perniagaan terhadap ketidakcukupan simpanan semasa bersara bakal diatasi dengan pengenalan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Last Updated on Tuesday, 19 January 2010 11:30 Read more...