Isu paku di tepi jalan sudah menjadi isu biasa dikalangan pengguna jalan raya di Malaysia terutamanya penunggang motosikal .Ini kerana penunggang motosikalah yang sering menjadi mangsa paku yang ditabur ditepi jalan.Paku-paku tersebut ditabur oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan diatas kesusahan orang lain dengan cara yang mudah.Sudahlah tayar motor meletup atau pancit,duit pula habis, nyawa penunggang motosikal mungkin terancam.
Biasanya paku yang ditabur oleh mereka kebanyakkan dijalan motorsikal kerana mereka menyasar kepada golongan penunggang motosikal.Rasionalnya mereka menabur paku adalah untuk memperolehi pendapatan cara mudah.
Modus operandi
Cara mereka melakukan perkara tersebut adalah apabila penunggang motosikal melanggar paku tersebut motor mereka akan bocor mereka akan menghubungi mana-mana nombor yang berdekatan dengan mereka sama ada di dinding atau notis yang ditampal di dinding untuk menukar tube atau tayar mereka.Penunggang motosikal yang tiada pilihan terpaksa menghubungi mereka dan membayar bayaran yang dikenakan walaupun ia mungkin 3 kali ganda dari harga asal.
Namun keprihatinan kakitangan Jambatan Pulau Pinang amat dihargai kerana berusaha mengurangkan kejadian tayar bocor diatas Jambatan Pulau Pinang berterusan .Kebanyakkan paku berukuran sepanjang dua dan tiga inci ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau.Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan yang berlipat kali ganda apabila tayar motosikal mereka bocor.
Untuk membuang paku di lokasi tersebut kakitangan jambatan Pulau Pinang bahagian peronda menggunakan magnet untuk mengutip paku yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
