
Manchester United membuka tirai bolasepak Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 dengan bergaya apabila berjaya menundukkan Newcastle United dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
(tarikh iklan: Sehingga 1 Februari 2011)

(tarikh iklan: Sehingga 1Oktober 2010)
(tarikh iklan: Sehingga 2 Disember 2010)

Manchester United membuka tirai bolasepak Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 dengan bergaya apabila berjaya menundukkan Newcastle United dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
Liverpool hampir menewaskan Arsenal namun akhirnya hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Anfield.
Kemenangan hampir memihak kepada Liverpool namun kesilapan Pepe Reina pada minit ke-90 begitu menghampakan penyokong Liverpool.Gol itu berlaku ketika keadaan kelam kabut dalam kotak penalti seterusnya memberikan keceriaan kepada Arsenal pulang dengan satu mata.
Liverpool membuka tirai jaringan menerusi rembatan padu David Ngog pada minit ke-46 yang menewaskan penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia.
Perlawanan juga berlaku tegang sehingga memaksa pengadil mealyangkan kad merah kepada pemain baru Liverpool, Joe Cole pada minit terakhir babak pertama selepas rempuhan kasar ke atas pemain pertahanan lawan, Laurent Koscielny yang turut menerima nasib yang sama.
Sementara itu di Stamford Bridge Chelsea mencatat keputusan menakjubkan apabila menewaskan West Brom 6-0.
Pasukan berbelanja besar Manchester City memulakan musim dengan hambar apabila hanya mampu mencipta keputusan seri tanpa jaringan dengan Totenham Hostpurs dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di White Hart Lane.
Malah mereka hampir tewas cuma nasib menyebelahi mereka apabila banyak serangan yang dilakukan Spurs gagal menembusi gawang mereka.Hanya kecekapan penjaga gawang mereka Joe Hart banyak menafikan pasukan tuan rumah dari mencipta kemenangan.
Perlawanan dijangkakan berlangsung dengan rancak kerana kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata dan kelebihan sememangnya milik City kerana dibarisi para pemain bintang.Namun semunya meleset apabila perlawanan separuh masa pertama lebih dikuasai Spurs.
City yang memperkuatkan pasukan dengan menandatangani pemain berkualiti pada musim panas lalu namun para pemain tersebut belum berjaya menjelmakan sesuatu yang menakjubkan buat pasukan mereka.
Pesta pasukan Red Giants direntap Kedah apabila ditewaskan oleh pasukan tersebut 2-0 dalam perlawanan terakhir Liga Super tahun ini yang berlangsung di Stadium Darul Aman Kedah.
Kedua-dua pasukan dilihat berhati-hati dan cuba mengelak sebarang kesilapan terutama pada separuh masa pertama.
Perlawanan dijangkakan berlangsung dengan rancak kerana kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata disamping dibarisi para pemain bintang.
Gol-gol pasukan pasukan Kedah jaringkan oleh
Selangor (0)
Kedah (2)Faizal Abu Bakar minit 10 da Baddrol Bakhtiar minit 70.

Gergasi merah kuning Selangor akhirnya ditabalkan menjadi juara Liga Super 2010 apabila berjaya membenam pasukan dari pantai timur Terengganu dua gol tanpa balas dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Page 1 of 12