
Kejadian gerhana matahari separa akan berlaku pada hari Jumaat, 15hb Januari 2010,ini bermakna sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku.Kejadian gerhana matahari kali ini, ialah Gerhana Matahari Cincin dimana ia akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada hari terbabit umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari kemudian diikuti dengan khutbah khas gerhana.
Peristiwa gerhana matahari separa ini dijangka bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.Jakim juga menyeru semua masjid dan surau di negara ini agar dapat mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat sunat kusuf.
Sebagai menggalakkan orang ramai bersolat suna pihak Jakim juga melalui Cawangan Falak akan turut mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 3.45 petang.
Disamping solat sunat tersebut pihak Jakim juga akan melakukan aktiviti cerapan yang akan dilakukan di keempat-empat masjid tersebut dengan kerjasama beberapa pihak seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Bangi,Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim) Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun).
Menurut Jakim juga pihaknya telah membuat keputusan untuk menjadikan Masjid Putra, Putrajaya sebagai lokasi utama bagi menunaikan solat sunat kusuf, aktiviti cerapan dan pameran.
Pihak Jakim juga mengalu-alukan orang ramai untuk mendengar ceramah berhubung kejadian menarik itu yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula jam 2.45 petang iaitu sebelum solat sunat kusuf disempurnakan.
Dr Azhari Mohamed dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dijangka memberi ceramah dimana beliau akan mengupas tajuk mengenai fenomena Gerhana Matahari yang berlaku dan pengajaran yang harus kita ambil dari kejadian tersebut.

Sains & Teknologi














