Kegagalan pasti menjenguk anda dalam apa jua bidang yang anda lakukan.Ini termasuk semasa anda membuat duit dengan menggunakan blog.Bersabar dan kuatkan jatidiri anda semasa menerima dugaan Insyaallah kejayaan akan menyusul kemudian hari.Kegagalan bukan bermaksud kegagalan untuk selama-lamanya sebaliknya ia adalah bersifat sementara.Justeru dibawah adalah antara sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami kegagalan.Pelajari dan renungi untuk kebaikan semua.
Mahu buat duit dengan mudah dan cepat
Kebanyakkan manusia inginkan sesuatu dengan cepat dan mudah.Semasa di universiti pelajar-pelajar menginginkan keputusan yang cemerlang tapi tidak pula mahu belajar dengan rajin.Mereka hanya belajar bila peperiksaan sudah dekat iaitu belajar ‘last minute’ tapi apabila keputusan keluar mereka mengidamkan keputusan yang baik dan cemerlang pula.Mereka mahukannya dengan mudah iaitu tanpa banyak ‘study’.Begitu juga bila kita membincangkan mengenai buat duit dengan blog.Kebanyakkan kita mahukan kejayaan dengan cepat dan mudah.Kalau boleh dalam masa sebulan sudah dapat hasilnya tanpa bersusah banyak.Duit akan datang tapi dengan kesabaran dan ketabahan yang kuat dari empunya diri kerana ianya tidak semudah yang disangkakan.Sematkan dalam hati bahawa buat duit dengan blog juga perlukan masa untuk berjaya.Tiada yang mudah didunia ini.
Terlalu banyak membaca tapi kurang praktikal
Pengetahuan adalah bagus dan penting tapi jika anda hanya ada pengetahuan tapi tidak mempraktikkannya ia akan menjadi tidak berguna sama sekali kerana ianya setakat berada didalam minda anda.Kedua-duanya haruslah diseimbangkan supaya cita-cita anda untuk membuat duit melalui blog akan tercapai.Semua orang mempunyai cita-cita namun cita-cita tidak akan bertukar menjadi kejayaan jika kita menterjemahkan apa yang kita pelajari kedalam bentuk praktikal.Lebih banyak ilmu yang kita ada dan lebih banyak kita mempraktikakkan itu adalah lebih bagus.Ramai yang gagal membuat duit melalui blog kerana gagal mempraktikkan apa yang mereka baca dan tahu.Mereka berterusan membaca dan mencari ilmu namun lupa untuk mempraktikkannya.Justeru amalkan keseimbangan dalam membuat duit secara online melalui blog.
Anda tidak suka menulis
Untuk membuat duit melalui blog anda wajib rajin menulis.Menulis adalah nadi kepada aktiviti membuat duit melalui blog.Tanpa nadi blog anda tidak akan bernyawa malah sunyi daripada didatangi pelawat-pelawat.Jangan membuat blog anda sunyi sebaliknya isikanlah blog anda dengan artikel-artikel menarik dan ‘bernyawa’ supaya ianya akan dikunjungi secara berterusan oleh pelawat.Namun jika anda tidak berminat untuk menulis maka secara berterus terang saya katakan membuat duit melalui blog bukan bidang anda.Anda harus mencari cara lain didalam internet untuk membuat duit.Namun ada cara lain jika anda masih ingin membuat duit melalui blog tanpa menulis iaitu dengan mengupah orang lain menulis untuk anda dan mereka yang menulis artikel tersebut akan menerima upah dari anda sebagai bayaran saguhati.Cara ini juga boleh dipraktikkan tapi dengan syarat anda mesti mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar artikel-artikel yang anda perolehi.
Tidak tahu bagaimana untuk bermula.
Setelah mendengar berita tentang kejayaan blogger lain dalam membuat duit diinternet anda sudah pasti ingin bermula secepatnya.Lebih cepat anda bermula lebih cepat anda boleh mencapai kejayaan.Berita yang anda dengar betul-betul merangsang anda untuk bermula.Namun bagaimana anda hendak bermula?Persoalan itu tiba-tiba muncul dari ingatan anda.Dengan ilmu yang sedikit anda memulakan langkah untuk membuat duit melalui blog.Oleh kerana tidak mempunyai ilmu yang mencukupi anda meredah dunia online tanpa panduan yang tepat dan betul.Panduan dan bimbingan amatlah penting pada peringkat awal anda membabitkan diri dalam bisnes maya ini.Bisnes maya juga seperti bisnes lain penuh dengan cabaran dan dugaan.Anda tidak akan berlayar dengan mudah sebaliknya anda pasti akan dipukul badai.Anda harus tabah bila kegagalan menghampiri anda,tidak melatah tetapi harus terus fokus dengan apa yang anda impikan.Dengan idea dan ilmu ketika ini ia pasti bertambah sedikit demi sedikit selepas itu selagi anda terus berusaha membuat kajian.
Hilang tumpuan
Membuat duit dengan blog adalah antara cara yang popular diinternet ketika ini.Ramai yang mula terjun ke bidang ini setelah mengetahui ramai blogger yang telah mencapai pendapatan yang lumayan.Dengan ilmu yang sedikit anda cuba memulakan langkah untuk membuat duit dengan blog.Namun dalam perjalanan membuat duit dan membuat kajian anda mendapati sebenarnya bukan satu saja cara membuat duit dengan blog tapi banyak cara lain yang boleh digunakan untuk membuat duit.Atas dasar ingin mencuba cara lain yang anda temui akhirnya tanpa anda sedari anda telah kehilangan fokus terhadap tujuan asal anda membuat duit diinternet.Akhirnya kata pepatah yang dikejar tidak dapat yang dikendong pula keciciran.Hilang fokus itu sebenarnya bahaya kerana pada hakikatnya jika anda terus fokus anda sebenarnya semakin dekat kepada kejayaan.Tapi oleh kerana anda tidak fouks kejayaan kembali menjauhi anda.

















