Isu Ariel Peterpan terus panas pada ketika ini.Mana tidaknya isu menjadi semakin panas berikutan penemuan lebih banyak cd rakaman penyanyi popular tersebut oleh polis Indonesia baru-baru ini.Apa yang lebih memeranjatkan cd rakaman tersebut bukan dia hanya bersama perempuan malah turut melibatkan penyanyi bersama lelaki.Adakah Ariel seteruk itu?Namun saya pernah bertanya kepada seorang teman tentang rakaman Ariel dengan penanyi wanita terkenal iaitu Cut Tari.Katanya dia sudah melihat rakaman tersebut dan memang rakaman tersebut adalah dirakam sendiri oleh Ariel bukan dirakam secara curi oleh orang lain dan orang yang merakam video tersebut memang jelas adalah Ariel sendiri kerana Ariel sendiri menunjukkan mukanya didalam video tersebut.
Setelah tersebarnya video dan berita tentang rakaman tersebut nama Ariel bukan lagi Ariel Peterpan seperti dulu tapi kini sudah menjadi Ariel Peterporn pula.Itu yang digelar oleh para wartawan didada-dada akhbar.Untuk membuka mata anda sebenarnya bukan Ariel seorang sahaja yang merakam aksi videonya malah ramai lagi orang telah berbuat demikian ketika ini.Dengan adanya teknologi canggih pada masa kini semua orang boleh membuat video sendiri tanpa perlu menjadi jurukamera professional.Dalam erti kata lain semua orang boleh menjadi pengarah dan semua orang boleh menjadi pelakon.Pada masa kini rakaman boleh dilakukan dengan mudah walaupun dengan menggunakan telefon bimbit sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan 10 tahun yang lalu dan hasil rakaman juga boleh ditonton dengan jelas tanpa perlu pengubahsuaian.
Teknologi tidak salah tapi orang yang menyalahgunakan teknologilah yang bersalah.Ialah telefon bimbit berkamera contohnya pada asalnya kegunaannya adalah untuk memudahkan penggunanya merakam gambar dan video dengan mudah dan spontan tanpa perlu memerlukan kamera yang khas selain ianya mudah dibawa kemana-mana.Namun manusia cenderung menyalahguna sesuatu yang baik termasuklah video rakaman didalam telefon bimbit dengan merakam aksi tidak bermoral.Buktinya terdapat longgokkan video tidak bermoral ini dimana-mana termasuk diinternet dan ditelefon-telefon bimbit.Kealpaan Ariel menyimpan videonya telah membawa padah kepada diri sendiri.Ia telah diambil oleh rakannya lalu menyebarkannya.Itulah padahnya membuat rakaman pornografi sendiri.Ariel mungkin tidak mengjangka perkara itu akan berlaku kerana tujuan dia merakam aksinya itu adalah untuk tujuan simpanan peribadi saja namun sebaliknya berlaku dan penyebaran tersebut telah betul-betul merubah persepsi masyarakat dan peminat dikedua-dua negara Indonesia dan Malaysia terhadap Ariel dan kariernya juga kian tergugat dan tidak menentu ketika ini.Ditambah pula penahanannya oleh pihak polis Indonesia nama Ariel yang pernah gah suatu masa dulu dengan lagu Mungkin Nanti bintangnya kini semakin suram dan malap.
Selain rakaman aksi seks bersama Cut Tari,Ariel juga telah merakam aksi videonya bersama Luna Maya.Perkara ini langsung tidak terlintas di fikiran peminat kumpulan Peterpan sebelum ini kerana tidak menjangka Ariel akan melakukan perkara seperti itu apalagi merakam sendiri aksinya itu.Perkara ini dibimbangi akan menjadi ikutan masyarakat kerana rata-rata mereka yang meminati kumpulan Peterpan mungkin menjadikan ahli kumpulan tersebut sebagai ikon atau idol mereka.Peminat kumpulan Peterpan bukan sahaja berasal dari negara kelahirannya Indonesia tapi juga Malaysia dan perkara yang turut dibimbangi juga ialah peminat mereka di Malaysia akan terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh Ariel.Harap-harap tidak.Harap-harap peminat kumpulan tersebut di negara ini sudah matang dan tahu menilai yang mana perlu diikuti dan mana tidak.Isu Ariel Peterpan ini adalah isu dimana tuan punya diri merakam sendiri aksi seksnya.Bagaimana pula dengan aksi seks yang dirakam curi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?Perkara ini terlalu seksa bagi yang kena rakam kerana terpaksa menanggung malu yang besar kerana aksi seks mereka di rakam tanpa rela lalu disebarkan pula kepada orang ramai.Bagi yang merakam mungkin tidak merasa apa-apa didunia tapi diakhirat mereka juga tidak terlepas dari menerima balasan.Merakam dan menyerbarkan aksi seks adalah satu kesalahan dan penginayaan kepada orang yang kena rakam dan perkara tersebut adalah salah disisi undang-undang.
Ramai mereka yang telah menjadi mangsa di zaman teknologi canggih ini dan mungkin ramai juga yang tidak mengetahui aksi mereka dirakam sehinggalah ianya tersebar diinternet dan barulah mereka sedar mereka telah menjadi mangsa rakam curi.Perasaan malu yang bukan kepalang akan menghantui kepada mereka yang menjadi mangsa.Perkara rakam curi juga dikenali sebagai ‘skodeng’ satu istilah atau bahasa pasar yang sering digunakan merujuk kepada mengintai atau merakam orang melakukan aksi seks atau berdua-duaan di taman, tempat gelap dan sebagainya tanpa kebenaran.Perkara ini betul-betul menganiaya orang lain dan memalukan serta menjijikkan apabila ianya ditonton oleh orang lain terutamanya mereka yang dibawah umur.
Perkara tersebut sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada sesiapa saja terutama kepada mereka bawah umur kerana ia akan menjadi ikutan dan membuatkan para remaja ingin mencubanya sendiri dan akhirnya mereka terjebak dalam salah laku seks kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan kesan yang akan mereka terima selepas melakukan perkara tersebut.Isu rakam curi kadang-kadang berlaku ditempat penginapan seperti chalet dan hotel.Jadi hati-hati jika ‘check in’ di tempat-tempat seperti itu.Antara kes rakam curi yang paling panas dan diingati ialah kes rakam curi ahli politik Chua Soi Lek di sebuah hotel terkemuka.Dalam aksi tersebut dia melakukan adegan seks bersama teman wanitanya tanpa menyedari aksinya itu sedang dirakam secara curi melalui kamera yang disembunyikan di hotel tersebut.Isu ini cukup panas pada ketika itu kerana bukan sembarangan orang yang beraksi dalam video tersebut tapi seorang ahli politik yang terkenal dinegara ini.Isunya disini aksi itu di rakam secara curi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Rakam aksi lucah di surau
Awal bulan ini kita digemparkan dengan isu 2 pelajar tingkatan 2 di Bintulu Sarawak yang merakam aksi oral mereka dengan menggunakan telefon bimbit.Paling menyedihkan aksi tersebut dilakukan di sebuah surau.Perkara ini betul-betul memalukan masyarakat Islam secara keseluruhannya.Perkara ini diketahui umum apabila rakaman aksi tersebut tersebar diinternet.Kes ini kes rakaman yang dirakam sendiri oleh mereka yang beraksi bukan dirakam secara curi seperti kes Chua Soi Lek.Ia mungkin disebarkan oleh orang lain yang terjumpa rakaman tersebut.Perkara ini mungkin berlaku kerana mereka ingin mencuba-cuba apa yang mereka pernah saksikan sama ada melalui video atau internet.Remaja seperti mereka penuh dengan semangat ingin tahu dan ingin mencuba.Pada ketika umur sebeginilah mereka sedang mencari identiti diri.Malangnya dalam mencari identiti,mereka terjebak dengan perkara tidak bermoral seperti itu.Dizaman sekarang terlalu banyak perkara yang boleh mempengaruhi remaja untuk membuat perkara yang tidak elok.Hanya didikan agama dan kekuatan diri yang mantap sahaja dapat mengelak perkara-perkara tersebut dari berlaku.
Ariel jadi idola 30 juta kanak-kanak Indonesia
Walaupun isu video lucahnya masih panas dipasaran dan masih belum surut Ariel Peterpan masih menjadi idola kepada 30 juta kanak-kanak di Indonesia.Ini berdasarkan kajian oleh Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI).Perkara ini begitu membimbangkan kerana kemungkinan untuk mereka terpengaruh sangat tinggi justeru mereka nekad mengambil langkah awal dengan mencadangkan supaya Ariel meminta maaf atas apa yang berlaku pada masa ini kepada orang ramai.
Isu video klip menyerupai Ida Nerina dan Fauzi Nawawi
Suatu masa dulu Malaysia juga pernah digemparkan dengan isu video klip lucah melibatkan 2 artis terkenal iaitu Ida Nerina dan Fauzi Nawawi yang tersebar di internet.Namun sebenarnya pelakon didalam video itu bukannya mereka tapi muka mereka sahaja mirip mereka.Ia sudah semestinya sesuatu yang memeranjatkan dan mengecewakan kedua-dua pelakon terkenal itu yang tidak pernah terlibat dalam perkara tidak bermoral tersebut.Hendak tak hendak kedua-dua pelakon tersebut terpaksa bekerja keras membersihkan nama masing-masing kerana perkara seperti itu benar-benar akan mengganggu gugat periuk nasi mereka.Isu video lucah membabitkan artis terkenal memang selalu menjadi bualan orang ramai kerana mereka adalah ikutan kepada masyarakat.Apa-apa cerita yang melibatkan mereka sudah semestinya ingin diketahui orang ramai terutama peminat.Peminat akan seboleh-bolehnya meniru apa yang artis mereka lakukan.Namun harapnya peminat tidak meniru perkara-perkara yang tidak senonoh.Dalam erti kata lain peminat diharap menjadi peminat yang bijak dan pintar iaitu dengan mengambil apa yang baik saja dari artis-artis mereka.Ini kerana artis juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Orang yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengintai atau mencari peluang untuk membuat perkara tidak baik kepada orang lain tidak kiralah sama ada orang itu adalah artis atau tidak.Contohnya dalam isu video lucah rakam curi ianya bukan saja melibatkan artis tapi juga melibatkan orang ramai dari berbagai peringkat umur.Justeru diingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap isu video klip lucah rakam curi kerana yang akan menjadi mangsa mungkin juga anda dimasa depan kerana teknologi sekarang sudah semakin canggih dan kompleks.Oleh itu dinasihatkan kepada anda jangan sesekali menyimpan apa-apa video lucah didalam telefon bimbit anda kerana ia mungkin akan jatuh ke tangah orang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya didalam telefon bimbit terdapat ruangan memori yang bersifat kekal.Kebanyakkan orang tidak mengetahui tentang perkara ini.Ianya hanya diketahui oleh mereka-mereka yang bekerja membaiki telefon bimbit.Apabila anda menjual telefon bimbit anda walaupun semua isinya telah anda padam anda mungkin berfikir tiada apa yang perlu risau.Jika begitu anggapan anda,anda mungkin silap.Segala kandungan sebenarnya masih terdapat didalam memori kekal telefon tersebut.Oleh itu awas jangan sesekali cuba-cuba untuk merakam aksi seks anda.Ia mungkin membawa bencana kepada anda.Dalam dunia serba canggih sekarang bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku.Ambillah pengajaran dari apa yang berlaku pada artis seperti mereka dalam melindungi diri kita sendiri.

















